perasaan sayang tuh kan perasaan yang Allah pinjamkan kepada hambaNya untuk mereka menyayangi antara satu sama lain. bile Dia ingin mengambil semula nikmat itu, tiada siapa boleh halang, tiada siapa boleh bantah. hanya mampu menuruti takdir yang telah digariskan.
kerana itu kita tidak boleh menyalahkan 100% kepada seseorang yang pernah menyayangi kita, pernah mengucapkan janji setia yang tiba tiba berpaling arah. mungkin Allah telah memalingkan hati mereka daripada terus menyayangi kita. pasti ada hikmahnya disebalik semua ini.
dan pada ketika itu, jika kau rasa kau masih memerlukan si dia, jadilah temannya dan jangan pernah mengharapkan sesuatu yang lebih. mungkin kau akan merasakan kemanisannya menjadi seorang kawan lebih hebat daripada seorang kekasih. tapiiii
bile kau tahu yang kau tiada nilai langsung di mata seseorang itu, silalah angkat kaki dengan seberape segera yang boleh sebelum die membuad perkara yang boleh membuadkan hati kau betambah hancur dengan lebih teruk lagi.
hal ini kerana bile hati kau suda hancur lebur, kemungkinan untuk kau membaik pulih hati kau adelah sangat sukar. kau mungkin memerlukan perawatan kelas 1 atau mungkin kau tak perlukan ape ape rawatan kerana tiada kemungkinan yang hati kau akan sembuh seperti sedia kala.
kesan kepada si penghancur hati kau pula, die berkemungkinan tidak akan mendapat walaupun secebis kemaafan daripada kau. meskipun seribu cara yang telah dia lakukan bagi memohon maaf dari mu. kesukaran memberi maaf ini akan menyebabkan kuantiti dosa kau dan dia akan bertambah.
mungkin kau rasa kau tdak dilahirkan daripada golongan mereka mereka yang bersifat pendendam, tapi mampukah engkau menjalani hari hari yang mendatang dalam hidup kau seperti manusia lain tanpa mengenangkan kerosakan yang berlaku di hati kau ? mampukah kau ? setabah itu ke hati kau ?
konklusinya, elakkan perkara yang boleh membuadkan hati kau remuk redam demi kebaikan dan kesejahteraan bersama. cubalah menjadi rakannya dan jika itu membunuh jiwa kau, jauhilah dirinya. bukalah hati kau untuk insan lain.
jika kau sudah muak dengan semua permainan perasaan cinta manusia ini, biarkan saje hati kau itu sendiri dan mengabdikan diri hanya pada cinta Yang Maha Esa. Dia tidak akan menghancurkan hati hambaNya bahkan kau akan sentiasa tenang jika berada di bawah lembayung cintaNya.
entry ini ditujukan khas untuk aku sendiri agar aku boleh membaik pulih hati aku jika ekali lagi berlakunya kerosakan. keep on smiling alyaa. just live your life as he lived his life. there must be something hidden behind all these. sooner or later you will find it and you will be very thankful to the person who broke your heart. chill ;)