entry kali ini mungkin lebih ke arah serious. kalau rasa ingin berdekahan segalak mungkin, bukan di sini tempatnye. maaf.
entah sejak bile aku rajinkan diri untuk ke kedai kedai buku bukan semata mata mencari majalah majalah yg memaparkan isu tentang artis tempatan mahupun artis luar. bukan juga untuk mencari buku buku rujukan yg biasanya di cari oleh pelajar yg bakal menduduki peperiksaan SPM.
aku ke tempat buku berkenaan dgn agama. bukan niat untuk membangga diri atau menunjukkan betapa baiknya aku. malahan sebaliknya, baru sekarang hati aku digerakkan untuk membaca buku buku berilmiah yg sepatutnya aku bace sejak dulu lagi. teruk.
tajuk : wanita terpuji dunia & akhirat.
aku hanya sempat membaca sisipan pertama saja iaitu berkenaan dgn lidah, percakapan, adab bercakap. malu bila aku baca. terkenangkan dosa dosa lampau yg semakin hari semakin menggunung. insaf pulaa rasanya.
aku membutuhkan seorang kawan yg betul betul boleh menasihati dan membantu aku untuk mentransformasikan diri aku yg banyak celanya ini ke arah yg lebih baik sedikit demi sedikit. bukan seorang yg mahu mengubah aku secara drastiknya. insyaAllah :)
salam.