Saturday, November 20, 2010

DIAM

setelah melenguhkan tangan dengan menulis dua buah karangan, aku menambahkan lagi kelenguhan dengan menaip pula. tak berapa nak lenguh lah kutt sebab dah rehat rehatkan tangan kejap tadi.


introduksi tiada kena mengena dengan tajuk. kalau buat essay mcm neh dah confirm tak dapat A+. isk isk isk sadisss. ouh sebenarnya mcm neh cerita dia.


masa tuh akak aku balik bawak majalah SOLUSI. selama neh aku dengar je cikgu zaleha madah cerita pasal benda neh. tak pernah pun tergerak hati aku nak beli. kalau pergi MPH pun aku tak cari. hehe.


bagi mengisi masa lapang, budak nak SPM mcm aku pun ada masa lapang lagi kan ? nampak tak permainan aku kat situ ? ahhh! tak ada kena mengena. sebenarnya bagi merehatkan minda sikit, bacalah buku buku berilmiah sikitkan.


aku selak punya selak banyaklah benda yg aku dapat. yang paling aku suka tajuk DIAM ADA MAKNA. banyak makna kalau seseorang tuh diam. so kita tak boleh nak assume apa apa kalau seseorg tuh senyap. ada 9 jenis diam :

  • DIAM semula jadi
seorang pemuda menyapa seorang gadis di dlm bas. si pemuda pun bermula dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya ke belum (cehh nak try tackle lah tuh. haha). namun, gadis itu hanya tersenyum sahaja. pemuda ini dah tak tahan lagi lalu mendesak si gadis memberi respons. tiba tiba si gadis bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. rupanya gadis itu seorg bisu. itulah diam semula jadi.

  • DIAM terpaksa
masa kecik kecik dulu apabila ibu atau ayah sedang bercakap dengan seseorg yg lebih tua, kita kena diam sebab tak boleh menyampuk ckp org tua. tegahan tadi membuat kita akur berdiam diri,

  • DIAM bodoh
sering dalam kelas, guru selesai memberi penerangan akan melihat pelbagai reaksi anak muridnya. apabila ditanya, "Faham semua ?", namun semuanya diam tanpa memberi jawapan. inilah diam bodoh namanya, sebab tidak tahu sama ada mereka faham atau tidak.

  • DIAM malas
seseorg yg ada banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan dan cadangan yg bernas, namun tiba tiba dia tidak memberikan sebarang kata walaupun dipaksa. dia malas hendak memberi cadangan apa pun, kerana katanya jika cadangan itu diterima nanti, dialah yg akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. jadi, dia diam saja.

  • DIAM marah
diam marah ini ada baik dan buruknya. jika berlaku perbalahan atau pertengkaran, diam itu lebih baik agar perbalahan tidak berpanjangan. ia juga dapat mengelak daripada berlakunya keadaan yg lebih buruk lagi.

dalam keadaan lain pula, jika kita memendamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara nagatif dalam diri kita seperti stress yg akhirnya membawa kemudaratan kepada fizikal seperti pening, sakit jantung dan darah tinggi. oleh itu, diam marah ini bergantung pada keadaan dan situasi.

  • DIAM merajuk
kita sering mendengar kata kata seorg ketua kpd bawahanya bahawa dia sgt terbuka. namun apa yg sering berlaku, usul yg dibawa oleh org bawahan ditolak mentah mentah. akibatnya, ungkapan yg keluar "kalau kami ckp pun tak guna, bos sajalah yg betul. lebih baik kami diam." ungkapan itu menunjukkan diam itu kerana hatinya sudah merajuk, tak perlu beri respons lagi.

  • DIAM khianat
seorg gadis terserempak dgn tunangnya sedang berckp dgn perempuan lain. si gadis meminta penjelasan tunangnya. tunangnya menjelaskan bahawa mereka adalah rakan seperjabat dan sdg berbincang tentang urusan kerja. namun si perempuan terbabit memilih utk berdiam diri. org yg berniat jahat tidak berusaha menjelaskan hal sebenar. sebaliknya, dia memilih utk berdiam diri sedangkan dia tahu keadaan sebenar. dia memilih berdiam diri agar pihak lelaki dipersalahkan. ini diam yg amat keji sekali.

  • DIAM sombong
kadangkala seseorg itu tidak dilayan sewajarnya hanya kerana perbezaan darjat. ini sering berlaku kpd org bawahan atau org biasa. apabila mereka mengetengahkan usul atau cadangan dia tidak dilym atau didengari. org berkenaan memilih utk berdiam saja kerana baginya buat apa dia melyn org yg tidak se level dgnnya.

  • DIAM efektif
diam efektif diam yg baik sekali kerana diam untuk berfikir dan menyusun strategi. diam seketika utk memusatkan pemikirannya kpd isu atau masalah yg timbul. kebijaksanaan org yg bersifat "diam diam ubu berisi" ini dpt dilihat melalui kata kata yg keluar dari mulutnya. ungkapan sepontan kadangkala berbahaya kerana ia mungkin berdasarkan emosi yg negatif. elok kita bertenang seketika sebelum menyambung bicara.




haa habis sudah. so renug renungkan dan selamat mencerminkan diri. tengok kita neh jenis diam yg mcm mana, org diam kenapa dan kaitkan dengan situasi. nak keterangan lanjut sila beli majalah tuh sendiri. hehe. salam ;)