kau punya dia tapi
kau persoalkan perasaan aku pada kau
sedangkan kau tahu apa sebenarnya isi hati aku
sedangkan kau tahu aku dan dia saling mengenali
sedangkan kau tahu hati kau tak sama seperti hati aku
mahu tahu apa rasa aku ?
aku rasa bagai hati aku diinjak injak
aku rasa bagai jiwa aku dikoyak rabak
aku rasa bagai perasaan aku diperkotak katik
aku rasa deras sekali air yang ingin mataku titiskan
satu perkara kau perlu tahu
setajam mana kaca yang kau beri
pada aku ia tetap tampak sebuah permata
sepahit mana racun yang kau beri
aku tetap rasa manis seperti madu
kerana
aku selalu tewas di tangan kau
aku tak bisa hilangkan kau dari hati aku
aku tak mampu buang perasaan aku pada kau
sial!