Saturday, January 8, 2011

tolong aku kawan.

pada aku 2 sekadar nombor
tak kisah 2 tahun atau 2 bulan walau 2 hari sekali pun
aku tak pernah bezakan
kawan yang aku dah kenal 10 tahun
atau pun sahabat yang aku baru kenal 2 tahun


kerana
aku terlalu menyayangi kawan
aku terlalu agungkan persahabatan
aku terlalu menghargai memori indah


tapi
tindakan aku silap total
perasaan aku jelas salah
jangan biar aku menyesal
terlalu sayangkan kawan


aku sukar sayang orang
apa saja untuk kau pasti aku turutkan
terlalu lembut hati ini untuk kau
percayalah


dan aku juga sukar membenci
bila dah keras hati ini
melututlah sekali pun
tak akan aku hirau lagi.


keduanya pernah aku buktikan
jangan paksa aku lakukan
untuk kali kedua
tolonglah