Wednesday, February 9, 2011

nota khas untuk kau

ketika ini
kau sedang berkongsi segala ceritera hidup kau bersama dia
kau hanya perlukan telinga dia untuk menadah segala luahan
kau tak butuh bahu lain untuk mem
ikul beban yang kau rasakan
kau rasa hanya dia yang mampu mengubat
i segala kesakitan


pada saat ini juga
aku sedang berselindung di balik alam maya memerhatikan kau
aku sedang pendamkan segala kekhuatiran aku terhadap kau
aku sedang cuba memahami segala keperitan yang kau alami
aku sedang berikan ruang untuk kau hidup tanpa gangguan aku


tampaknya kau bahagia di samping mereka semua
tiada sedikit pun kecacatan yang kelihatan dalam hidup kau
aku tak mahu rosakkan keceriaan itu
adalah eloknya kalau aku terus menyepikan diri

hidup kau akan tetap berseri walau tanpa aku


hey, izinkan aku langsung ke titik
aku terkenang waktu aku berada di tempat dia
aku senang lihat dia mampu menasihati kau
lebih hebat jika dibandingkan dengan sang aku
haha aku akui kenyataan itu
aku gembira lihat dia mampu
hapus kesedihan kau
aku teruja lihat dia mampu hilangkan kemurun
gan kau


aku kenal baik dengan sikap kau
bukan calang orang mampu melakukan apa yang dia lakukan
syukurlah kau sudah temui
dia
kawan yang memahami j
iwa kau


tapi
andai kata terdetik di hati kecil kau
untuk menghubungi atau menemui aku
khabarkan sahaja pada aku
dengan berlapang dada aku menerimanya



aku akan sentiasa ada
di saat setiap keluhan kau perlu diperdengarkan
di saat tiada satu pun umat manusia pedulikan kau

pinjamlah bahu aku selama mana mahu kau
asalkan kau kembali ke j
iwa asal kau


sejahat mana kau
seburuk mana kau
seteruk mana kau
aku akan selalu ada untuk kau
aku tahu kau tahu
itu :)




p/s : kita masih teman akrab, bukan ? harapnya begitulah.