Assalamualaikum :)
Alhamdulillah dapat juga kita bersua muka setelah sekian lama kan. *bersua muka abah kau. Okay proceed.
First of all aku dgn bangga nya mengumumkan bahawa aku GAGAL mendapat Dekan utk first sem yg org ckp sem yg sepatutnya boleh dapat DL.
Org pertama yg aku bgtahu of course lah Ibu. Kebetulan ibu cuti pulak hari tuh. Lepas check je terus pergi bilik ibu bgtahu result sampai TERnangis kauu. Buad malu mak enon jee. Kecewa lah sebab aku tahu semua tuh berpunca dpd aku sendiri. Study week selama 2 minggu aku bazir mcm tuh je.
Malam nak ada paper baru sibuk nak ngadap buku.
Tuh yg sampai tahap setiap malam sebelum paper aku tak tidur langsung. Masuk dewan dan mcm Zombi daa. Habes je paper, bangun dari kerusi mesti tehoyong hayang mcm org mabuk. Sampai rumah bantai tidur sampai ke petang. Kalau paper petang tuh, lepas maghrib tidur sampai tgh mlm. Nasib lah paper semua ada gap. Kalau tak lingkup agaknya result aku tuhh.
Ha tuh lah, baru aku sedar yg aku kena tukar style study. Tak bole study last minute mcm kat sekolah dgn kat matrik. Bahaya wooo~ Dah lah byk berjimba, pastuh setiap mlm madah ngadap lappy je. Jarang lah nampak aku ngadap buku memalam, kalau ada pun mesti sebab ada quiz/test. Isk isk *insaf.
Ya dgn keGAGALan mendapat DL neh, aku dgn ini telah berazam utk membuang semua perasaan malas aku tuhh. Aktiviti berjimba juga perlu dikurangkan, berjimba bila perlu. Perlu ke berjimba sebenarnya ? *Berjimba tiada salahnya kerna berjimba itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuad kita jadi bersalah~ (bedal)
Sekian, Salam :D